Saturday, November 21, 2009

25 years..

suku abad. kalau aku sebuah kereta, aku cuma perlu lagi 5tahun untuk dikategorikan sebagai klasik. kalau aku melangkah satu kaki sehari, hari ini cukup 9125 kaki jauh aku melangkah. bersamaan dengan 2829meters @ 2.83kms. tak jauh pun. chenang ke matsirat lagi jauh. banyak aku belajar dalam jangka masa 25 tahun. banyak juga kesilapan yang aku buat sepanjang jalan. berapa banyak aku belajar dari kesilapan-kesilapan itu, aku tak tau. banyak hari-hari yang aku rasa banyak terisi. banyak juga hari-hari yang terbuang macam tu sahaja. but they made the man I am today. and I never regret every bit of it.

so many faces I met along the way. so many faces I love to see everyday. so many faces that are meant to stay. yang mengajar aku erti kawan, yang mengajar aku jadi insan, yang mengajar aku untuk terus berlawan. tiap satu buat aku jadi lebih matang. to learn the meaning of life, to feel the existence of love, to accept rejections, to realize the essence of hatred, to smile whenever in pain, and to cry tears of joy.

aku belajar apa itu cita-cita. aku belajar yang tak semua impian akan jadi kenyataan. I have had cold shoulders, I have had a slap in the face, I have been declined, I have been denied. there's nothing I can do about it but to learn from them. still, like I said, I don't know how much I have learned from them but I know I did.

aku bersyukur dengan apa yang aku ada hari ini. setiap urusan dipermudah, setiap doa dimakbul, mungkin tidak dalam sekelip mata, tapi Dia cukupkan rezeki aku, Dia kurniakan keluarga yang sentiasa ada untuk aku, sahabat-sahabat yang setia dan kekuatan dalam kehidupan yang sempurna untuk terus ingat padaNya.

25tahun satu jangka masa yang lama kalau nak ditunggu. tapi 25 tahun aku, berlalu sangat pantas. mampukah aku melangkah 2.83kms yang akan datang? dan 2.83kms yang seterusnya? dan 2.83kms lagi? semoga setiap langkah yang aku terus ambil selepas ini sentiasa di atas jalanNya for I don't know how many more kilometers will I be walking on His path.

3 comments:

SurayaHarris said...

Whoa...nice layout la en pilot afiq..siap ada kapal terbang..
wieee
wieee

haha..forgive me..i stress sedikit..

TwiceBlessedMan said...

takpe.
i'm used to that by now.
hahaha!

muhammad Saufy said...

bro, u are smart guy. aku doakan ko berjaya dunia akhirat. aku tahun depan masuk 30 tahun. super tua. dan aku dah start takut. yer takut.

takut bos besar